RUMAH NGAJI
RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN, SEMPORNA, SABAH
‘Semua Orang Layak Masuk Syurga’
1- RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA diwujudkan khas oleh HUGS PROJECT untuk Memberi Pendidikan Percuma, Memberi Makan Percuma Semasa Kelas dan Mengajar Kemahiran Hidup Percuma agar mereka boleh menjadi Insan yg berdikari dan berguna. Secara tidak langsung memberi peluang untuk berubah dengan meninggalkan kehidupan mereka sekarang yang merayau di jalanan tanpa hala tuju, membuat kacau, menghisap gam dan syabu,berjudi serta boleh menjerumuskan diri mereka dalam kejadian jenayah di Semporna dalam usia yang sangat muda.
2- RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN ini beroperasi atas inisiatif sendiri dan tidak mendapat bantuan mana-mana dari Dana Kerajaan. Kos pengurusannya adalah 100% ditanggung sendiri. Sehubungan dengan itu, bantuan kewangan dari awam sangat-sangat diperlukan untuk membiayai Kos Operasi Harian RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN ini.
3- Kehidupan Anak Gelandangan di Semporna ini sememangnya tidak terkawal sejak berpuluh tahun lamanya. Ianya diburukkan lagi akibat Pandemik Covid-19 yg menyerang sekarang. Kalau sebelum ini mereka boleh meminta sedekah tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang kebarangkalian untuk melakukan jenayah untuk sesuap nasi adalah sangat tinggi.
4- Apa yg kami laksanakan sekarang adalah dengan memberi Asas Kesedaran, Asas Pendidikan dan Makanan Asas untuk mereka bertahan.
5- Jumlah Anak Gelandangan di Semporna sebenarnya terlalu ramai. Boleh mencecah ratusan pada satu masa. Tetapi atas faktor keberkesanan perlaksanaan dan kemampuan kewangan, kami hanya mampu mengambil 40 orang dahulu Anak Gelandangan yg berkeliaran di Bandar Semporna yg berasal dari Kg Bangau-Bangau dan Kg Halo.Atas permintaan masyarakat, 76 orang anak-anak Asnaf dari Kg Bangau Bangau, Semporna juga terlibat dalam program ini.
6- Untuk rekod, perjalanan penubuhan RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN
SEMPORNA bermula dengan memujuk mereka dijalanan. Sejak 17 Oktober 2020, setiap
hari pihak kami memberi makan tengahari secara percuma kepada 50 orang anak
gelandangan.Usaha murni ini telah dimulakan oleh AiFolo Adventure dan Saudara
Muhammat Ismail. Bermula dari rutin kehidupan yang liar, akhirnya mereka mula
terbuka hati untuk berubah. Pihak kami potong rambut mereka, potong kuku
mereka, ajar mereka pakai mask dan selipar. Dan sentiasa menasihatkan untuk
meninggalkan tabiat menghisap gam dan syabu. Tiada paksaan tetapi lebih kepada
nasihat secara lembut.
7- Alhamdulillah, pada 15 November 2020 satu keajaiban berlaku. Anak-anak ini telah berjumpa dengan kami dan berkata " Abang, kami mahu jadi belajar mengaji! Kami mahu jadi Anak Yg Soleh". Maka bermula dengan itu, serta merta kami memulakan usaha membina RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA.
Sila klik PLAY 2 video berikut yg mencetuskan kewujudan RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN SEMPORNA
RUMAH NGAJI PADA 25 NOVEMBER 2020
9- Mengikut perancangan awal, Rumah Ngaji ini sepatutnya beroperasi pada 01 Disember 2020. Namun disebabkan keinginan untuk belajar Anak-Anak ini sangat tinggi, maka Kelas Mengaji terpaksa bermula pada 27 November 2020.
10- Pelajar untuk Fasa 01 ini terdiri dari anak-anak yang berumur dari 05 tahun hingga ke 17 tahun. Keutamaan diberikan kepada Anak Anak Gelandangan & Asnaf yang tinggal berhampiran Kg Bangau Bangau Flat, Kg Bangau Bangau Air dan Kg Halo.
11- Manakala kekuatan tenaga Pengajar dan pentadbiran Rumah Ngaji terdiri dari 1 orang Ustaz, 2 orang Pembantu Ustaz, 2 Orang Pembantu Operasi dan 2 orang Penyelia.
12- Bagi menggalakkan Anak-Anak ini untuk belajar, mereka diberikan Sarapan Pagi dan Makan Tengahari Percuma setiap hari. Dengan itu mereka tidak perlu risau kelaparan. Kerana bila mereka kebuluran, anak anak ini akan merayau-rayau mencari makan di Pekan Semporna dengan meminta sedekah atau mencari makanan dari tempat pembuangan sampah. Dengan cara ini mereka akan lebih menumpukan kepada pembelajaran.
13- Untuk material pembelajaran pula, sumbernya dari para sahabat-sahabat penderma. Untuk peringkat awal ini, setiap pelajar dibekalkan dengan Iqra’, Muqaddam dan Al Quran. Material pembelajaran seterunya akan sentiasa dikemaskini berdasarkan skop pembelajaran mereka.
14- Perkara paling kritikal dalam perjalanan RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN adalah PERUNTUKAN KEWANGAN. Berikut kami senaraikan maklumat RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN, SEMPORNA, SABAH untuk tempoh 6 bulan.
· KOS KESELURUHAN: RM69,064.00
· DANA SEKARANG: RM26,000.00
· KEKURANGAN DANA: RM43,064.00
a) INFRA STRUKTUR DAN UBAH SUAI
i-Kerja Awal Renovasi Bangunan : RM5,000.00
ii-Kerja Pembuatan Meja dan Peralatan Pembelajaran : RM2,000.00
b) PERBELANJAAN MAKAN MINUM UNTUK 6 BULAN
· Anak Gelandangan/Sarapan Pagi: RM1.50 x 40 orang x 26 hari x 6 bulan= RM9,360
· Anak Gelandangan/ Makan Tengahari: RM3.000 x 40 orang x 26 hari x 6 bulan=RM18,720
· Anak Asnaf/Minum Petang: RM1.50 x 76 orang x 26 hari x 6 bulan=RM17,784
c) PERBELANJAAN PENTADBIRAN & PENGURUSAN
I. Elaun Penyelaras Rumah Ngaji: RM500 x 01 Orang x 6 bulan= RM3,000.00
II. Elaun Ustaz: RM600.00 x 01 Ustaz x 6 bulan= RM3,600
III. Elaun Pembantu Ustaz: RM400 x 2 orang x 6 bulan= RM4,800
IV. Elaun Pembantu Am: RM300 x 2 orang x 6 bulan= RM3,600
V. Kos Utiliti Bangunan : RM200 x 6 bulan= RM1,200.00
15- RINGKASAN KESELURUHAN RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN, SEMPORNA, SABAH.
-Motto: 'Semua Orang Layak Masuk Syurga"
-PENERAJU PROJEK:
· Organisasi: HUGS PROJECT
· MUHAMADLAILI BIN BASIR
· Tel: 017 9828538 | Email: tamannegara.org@gmail.com
-️MAKLUMAT ASAS RUMAH NGAJI
· Lokasi : Flat Bangau Bangau, Semporna, Sabah
· Tarikh Mula Operasi: 27 November 2020
· Waktu Operasi: 0730 pagi hingga 0930 malam
-PENERIMA FAEDAH
· 40 Orang Anak Gelandangan + 76 Orang Anak Asnaf
· 8 Orang Sukarelawan
-RUMAH NGAJI ANAK GELANDANGAN MENAWARKAN
1. Kelas Mengaji Al Quran Percuma (Sedang berjalan)
2. Kelas Fardu Ain Percuma (Akan dilaksanakan)
3. Kelas Kemahiran Hidup Percuma (Akan dilaksanakan)
4. Makanan Percuma Semasa Pembelajaran (Sedang berjalan)
5. Aktiviti Sukan dan Rekreasi (Sedang berjalan)
6. Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Akan dilaksanakan)
7. Khatan Percuma (Akan dilaksanakan)
8. Kelas Bahasa Inggeris (Akan dilaksanakan)
9. Kelas Drone (Akan dilaksanakan)
-PEMEGANG AMANAH
1. MUHAMADLAILI BIN BASIR- PENGASAS
2. MUHAMMAT ISMAIL BIN BOY- PENYELARAS KEBAJIKAN
3. BOY BIN ISMAIL- PENYELARAS PENTADBIRAN
4. NIRMA BINTI MAJINJI-PENYELARAS KESELAMATAN
NEXT>>>
































Comments
Post a Comment